Maya berkata, watak Hariz yang dipegang Aaron ketika itu sepatutnya dijayakan oleh pelakon lain yang ketika itu terpaksa menolak. – Foto Astro GEMPAK

AKTRES Maya Karin mendedahkan bahawa aktor Datuk Aaron Aziz bukanlah hero asal sewaktu pembikinan filem Ombak Rindu yang diterbitkan pada 2011.
 
Sebaliknya, Maya, 41 tahun, berkata, watak Hariz yang dipegang Aaron ketika itu sepatutnya dijayakan oleh pelakon lain yang ketika itu terpaksa menolak.
 
"Small back story, hero sepatutnya pelakon lain, kemudian cancel sebab clash jadual.
 
"Tiba-tiba @aarondwiaziz datang dua hari sebelum penggambaran. Jadi, itulah cerita di belakang tabir Ombak Rindu," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
 

 
 
 

 
View this post on Instagram

 
 
 
 

 
 

 
 
 

This year is the 10th anniversary of penggambaran ’Ombak Rindu’. My OR producer sending me this old picture last night to say “hi” from India! Awal2 saya sendiri ragu ragu terima watak Izzah tapi dia percaya I can do it. Thank you Sharad for the confidence and opportunity!! ❤️ Small back story, hero sepatutnye pelakon lain, then cancel sebab clash jadual, tiba2 @aarondwiaziz came in 2 days before shoot. So that’s the story of belakang tabir ‘Ombak Rindu’… . #movies #ombakrindu

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Pendedahan Maya itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
 
Rata-rata mahu mengetahui gerangan hero asal yang sepatutnya bergandingan dengannya ketika itu.
 
Bagaimanapun, kata Maya, biarlah hal itu terus menjadi rahsia.
 
"Biarlah ia menjadi misteri," katanya yang menjawab soalan netizen di ruangan komen.
 
Maya berkongsi hal tersebut selepas berkongsi kenangan sedekad selepas dia menjalani penggambaran filem tersebut.
 
"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 penggambaran Ombak Rindu. Penerbit Ombak Rindu hantar gambar lama ini malam tadi dan say 'hi' dari India!
 
"Awal-awal saya sendiri ragu-ragu terima watak Izzah tapi dia percaya saya boleh lakukan. Terima kasih Sharad kerana yakin dan beri peluang kepada saya," tulisnya yang berkongsi gambarnya bersama Sharad Sharan.
 
Ombak Rindu merupakan filem pecah panggung arahan Osman Ali yang mencetuskan fenomenanya tersendiri.
 
Selain Ombak Rindu, jangan lupa saksikan karya lakonan Maya Karin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.