PENYANYI dan pelakon, Elly Mazlein dihujani pertanyaan sama ada dirinya sedang mengandung ekoran badannya yang dilihat berisi.
Elly, 40, atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia sedia berkongsi berita gembira itu apabila sampai waktunya.
Menerusi perkongsian di saluran YouTube Dunia Elly Mazlein, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu memohon doa yang terbaik.
“Buat masa sekarang, badan saya naik sebab saya sangat bahagia dengan suami, anak dan keluarga.
“Insya-Allah, kalau betul saya mengandung, jangan risau saya akan beritahu semua khabar berita gembira ini,” katanya.
Menerusi video sama, Elly turut bertanyakan perkara sama kepada suaminya, Mohamad Azlan Che Noh.
Azlan berkata, biarlah perkara itu menjadi rahsia terlebih dahulu.
“Rahsia. Tak boleh beritahu lagi. Nanti tunggu berita selanjutnya. Kalau ada yang baik, kita akan beritahu,” katanya.
Elly yang juga pelakon Kampung People sempat berseloroh yang dirinya tidak sabar memiliki cahaya mata daripada suami.
”Mama tak sabar ada baby Papa,” katanya.
Elly dan Azlan berkahwin pada 18 Januari lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Elly memiliki cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia Azmi yang kini berusia tiga tahun.