Namun kedatangan Ramadan tahun ini dilihat sedikit berbeza apabila diduga dengan pandemik COVID-19 yang sedikit sebanyak mengubah corak perjalanan rutin seharian.
Sebagai sebuah stesen penyiaran utama tanah air, Astro peka akan hal ini dan terus komited memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa terisi dengan perkara-perkara bermanfaat sepanjang menjalani Ramadan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh, untuk itu, Astro sekali lagi tampil dengan sebuah tema utama diapit dengan mesej yang kuat di sebaliknya bagi melatari kempen Ramadan Raya 2020.
“Kami di Astro sentiasa komited untuk menyajikan program-program terbaik yang menepati citarasa setiap individu.
“Oleh itu, mengangkat tema ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’, Astro bakal memberikan sajian hiburan serta aktiviti-aktiviti kempen yang mengutamakan hubungan persaudaraan dengan penggunaan komunikasi maya menerusi kesemua platform,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beliau berkata Astro akan menawarkan banyak rancangan baharu yang merangkumi genre keagamaan, telefilem, dokumentari, drama bersiri, sketsa, animasi, komedi serta rancangan khas seperti variasi serta bual bicara.
“Kami juga tampil dengan podcast dan drama audio melalui aplikasi SYOK, waktu solat dan arah kiblat melalui aplikasi Astro AWANI, komik digital bersama Gempak, solat tarawih secara virtual bersama personaliti radio ZAYAN, dan banyak lagi,” katanya.
Berikut adalah pengisian menarik dari Astro sempena Ramadan, yang juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO di mana sahaja, pada bila-bila masa.