PELAKON dan penyanyi Hetty Sarlene berkongsi dia bakal menimang cahaya mata lelaki dan kehamilannya kini berusia lima bulan.

Hetty, 36, mengumumkan jantina cahaya mata sulungnya itu menerusi beberapa foto yang dikongsi di media sosial selepas acara meraikan berita gembira berkenaan.

“It’s a boy (jantinanya lelaki)!,” umumnya ringkas menerusi Instagram.

Pada bulan lalu, penyanyi lagu Sangsi Asmara ini mengesahkan dia hamil selepas empat tahun menantikan kehadiran cahaya mata.

Hetty dan suaminya, Dani Aaqil mengakui sangat terkejut dengan berita kehamilan itu. Mereka sanggup melakukan pemeriksaan alat pengesan kehamilan sebanyak dua kali untuk benar-benar yakin.

Hetty mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.

Penyanyi yang turut popular dengan lagu Demi Cinta Kita itu kembali memeriahkan industri hiburan tempatan selepas menyertai program Gegar Vaganza 5 pada 2018.