Nasdaq instrumen perdagangan yang sangat popular, seiring dengan instrumen seperti S&P 500. Apakah ia, mengapa pedagang menyukainya, dan bagaimana cara untuk dagangkannya? Jom kita tinjau.

Apakah ia?

Setiap pasaran saham memiliki set indeks yang menunjukkan status keseluruhan seperti “Bagaimana keadaan pasaran saham, secara umumnya?” Pasaran Saham Nasdaq juga mempunyai indeksnya sendiri. Terdapat dua indeks yang utama dari kumpulan ini: Nasdaq Composite Index dan Nasdaq 100 – indeks yang kedua inilah yang anda boleh temui di MetaTrader dan FBS Trader.

Apa yang membezakannya dari yang lain?

Hampir separuh syarikat yang tersenarai di Nasdaq adalah syarikat teknologi. Oleh itu, Nasdaq adalah indeks yang berorientasikan teknologi canggih. Itulah sebabnya, jika anda peminat penemuan terbaru teknologi termaju kejuruteraan, pengkomputeran awan, AI, dan sub divisyen lain dari sektor teknologi, indeks ini sesuai untuk anda.

Yang paling penting, Nasdaq adalah indeks berwajaran permodalan pasaran. Ia menjadikannya lebih seimbang dan mewakili seluruh sektor, berbanding sekadar menggambarkan status peserta terbesar seperti Amazon atau Alphabet.

Di mana kita boleh menemuinya

Dalam Metatrader (dalam contoh di bawah – MT4), pilih CFD Futures dan kemudian pilih Nasdaq.

Di FBS Trader, pergi ke bahagian Indeks dan cari US100.

Bagaimana cara berdagang dengannya

Secara amnya, setiap berita besar yang berkaitan dengan sektor teknologi akan menggerakkan Nasdaq. Itulah sebabnya, untuk memperdagangkan Nasdaq, anda perlu mengikuti acara berkaitan syarikat-syarikat yang ada di dalamnya: Apple, Microsoft, Amazon, Google, Facebook, Tesla, Alibaba, dan lain-lain. Kesemuanya boleh ditemui secara berasingan di MT5 dan FBS Trader, jadi anda mungkin akan melihat wujudnya korelasi antara gerakan trajektori setiap syarikat dan tingkah laku indeks.

Pengumuman yang positif bagi syarikat-syarikat ini akan mendorong Nasdaq bergerak ke atas. Ia mungkin prospek perniagaan yang optimis untuk masa yang akan datang, laporan perolehan yang lebih baik dari yang dijangkakan, penggabungan syarikat yang menjanjikan potensi besar, atau pengumuman tentang produk baru yang akan menerokai segmen pasaran yang baru atau potensi keuntungan bagi sebuah syarikat.

Sebaliknya, kekurangan minat pelabur, aliran keluar dana bermusim, atau unjuran yang membosankan untuk sektor teknologi mendorong Nasdaq menyusut.