Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) dijangka akan mengundi satu resolusi Rabu ini yang akan mengutuk “serangan pengganas hebat oleh Hamas” terhadap Israel serta sebarang keganasan terhadap orang awam. Resolusi itu juga menyeru supaya ada “penangguhan kemanusiaan” untuk menghantar bantuan yang sangat diperlukan kepada berjuta-juta orang yang terpaksa dipindahkan ke Gaza.
Brazil memegang jawatan pengerusi Majlis Keselamatan PBB bagi bulan ini dan menaja resolusi mengutuk Hamas ini. Penyuntingan akhir ke atas resolusi itu masih berterusan sehingga Selasa petang.
Undian itu diadakan selepas majlis menolak satu resolusi yang dicadangkan Rusia pada Isnin malam lalu yang mengutuk keganasan dan pengganasan terhadap orang awam serta menyeru supaya ada “penghentian kemanusiaan” tanpa sebut secara khusus tentang Hamas.
Rusia cuba meminda resolusi Brazil dan telah mencadangkan dua pindaan yang akan diletakkan kepada undian terlebih dahulu: Satu menyeru supaya ada “penghentian kemanusiaan” manakala yang satu lagi mengutuk serangan tidak berpandangan terhadap orang awam dan serangan terhadap “objek awam” di Gaza seperti hospital dan sekolah.
Brazil menyatakan undian Rabu ini akan diikuti dengan mesyuarat kecemasan untuk membincangkan letupan dan kebakaran di sebuah hospital di Bandar Gaza Selasa lalu yang mengorbankan beratus-ratus nyawa. Rusia, Emiriah Arab Bersatu dan China menyeru supaya diadakan sesi khas.
Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas menyatakan sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dan Hamas menyalahkan Israel, dengan mendakwa serangan udara Israel telah menyerang hospital itu. Israel membantah, dengan menyatakan siasatan mereka mendapati roket yang dilancarkan kelompok militan Palestin Jemaah Islamiah telah meleset dan mengenai hospital itu. Jemaah Islamiah menafikan sebarang kaitan.
Rabu ini, Presiden United States Joe Biden tiba di Israel dan menyatakan tentera Israel tidak bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Majlis Keselamatan PBB masih berpecah kerana Rusia menceroboh Ukraine pada Februari 2022, dan sama ada lima anggota kekalannya yang mempunyai hak veto – Amerika Syarikat, Rusia, China, Britain dan Perancis – akan menyokong resolusi Brazil atau menahan diri dalam undian itu masih belum jelas.
Untuk diluluskan, satu resolusi perlu mendapat sekurang-kurangnya sembilan daripada 15 ahli majlis mengundi “ya” dan tiada veto daripada anggota kekal.
Undian majlis akan berlaku ketika usaha diplomatik sedang giat diadakan untuk menghalang konflik Israel-Hamas daripada merebak ke negara-negara berjiran.