PHIL Neville akan meninggalkan tugasnya sebagai pengurus bola sepak wanita England apabila kontraknya tamat tahun depan, menurut beberapa laporan yang bertiup kencang semalam.
Bekas pertahanan Manchester United dan England mempunyai perjanjian yang menyaksikan dia mengendalikan kempen pasukan Lionesses ke kejohanan Eropah di laman sendiri tahun depan.
Bagaimanapun, perubahan kalender bola sepak berikutan Covid-19 bermakna aksi Euro wanita dijadualkan dianjakkan ke 2022 oleh UEFA minggu ini.
Neville kini tidak berpeluang mengambil alih pasukan Britain di Olimpik tahun depan, ketika Persatuan Bola Sepak negara itu mengharapkan kecemerlangannya untuk memperoleh pengalaman sebelum temasya Euro.
Selepas mengambil alih pada Januari 2018, Neville pantas memberikan impak besar ketika England memenangi kejohanan berprofil tinggi Piala SheBelieves buat pertama kali.
Selain memaksa juara dunia, Amerika Syarikat berkerja keras sebelum tumpas, 1-2 pada aksi separuh akhir Piala Dunia tahun lalu.
Begitupun, England mempamerkan aksi menurun selepas itu apabila tewas dalam tujuh daripada 11 perlawanan ujian membuatkan Neville tertanya-tanya sama ada adakah dia individu yang tepat untuk membawa pasukan berkenaan ke depan.
“Saya sedang mempertimbang nasib untuk menjadi pengurus yang lebih baik – dan keputusan perlawanan juga perlu lebih baik,” kata Neville selepas kekalahan 0-1 kepada Sepanyol dalam satu perlawanan persahabatan pada Mac lalu.