JUARA Dunia, Lewis Hamilton menyifatkan Stirling Moss yang meninggal dunia pada usia 90 tahun sebagai legenda perlumbaan dan pejuang hebat dari era berbeza.
Sekalipun Moss tidak pernah memenangi kejuaraan dunia Formula Satu (F1), dia dianggap antara salah seorang pemandu sukan permotoran hebat ketika zaman perlumbaan sekitar 1950s dengan menyertai pelbagai perlumbaan.
Hamilton, 35, juara dunia enam kali menjadi rakan kepada Moss sekali pun jarak usia mereka dan latar belakang berbeza.
“Hari ini kita mengucapkan selamat tinggal kepada Sir Stirling Moss, legenda perlumbaan,” tulis Hamilton di Instagram.
“Saya pastinya akan merindui perbincangan kami. Secara jujur, persahabatan kami ia adalah gandingan yang luar biasa.
“Dua individu daripada dua zaman dan latar belakang berbeza tapi dapat serasi dan mempunyai minat sama selain berkongsi pengalaman dalam perlumbaan.
“Saya sangat berbangga mempunyai detik istimewa bersamanya.”