KAPTEN Barcelona, Lionel Messi menyanjung tinggi usaha dan dedikasi yang dilakukan semua petugas kesihatan seluruh dunia dalam memerangi pandemik Covid-19.

Pandemik yang memberi kesan mengejutkan buat seluruh dunia dengan lebih 114,240 kematian dan lebih satu juta kes disahkan.

Bintang Barca, Messi menunjukkan sokongannya pada penghujung minggu Pekerja Kesihatan Dunia dengan kemuncak sambutannya pada Sabtu lalu.

“Sambutan minggu Pekerja Kesihatan Dunia yang berakhir kelmarin dan bersama-sama @unicef, saya meluahkan penghargaan tinggi di atas kerja yang mereka lakukan,” tulis pemenang rekod enam kali Ballon d’Or di Instagram.

“Wira yang sukar digambarkan menempuhi hari panjang dan malam berjauhan dari keluarga bagi memastikan kita selamat daripada #COVID19.

“Kerana berterusan, dalam semuanya, mereka mengabdikan komitmen untuk menjaga daripada perempuan mengandung, dan memastikan keselamatan kanak-kanak serta remaja yang dilindungi. #YoMeQuedoEnCasa #StayAtHome #Unicef.”

La Liga ditangguhkan serta merta bulan lalu berikutan Covid-19.

Barca yang diwakili Messi mengatasi dua mata daripada Real Madrid selepas 27 perlawanan ketika liga ditangguhkan.