JOHN Isner yang memenangi perlawanan terpanjang dalam tempoh tiga hari di Wimbledon pada 2010 berkata ia sukar diterima jika kejohanan itu pada tahun ini dibatalkan.
Keputusan yang bakal diketahui kelak oleh pegawai kejohanan mengenai sama ada mereka dapat menganjurkan peringkat acara klasik di All England Club seperti dijadualkan pada 29 Jun depan.
Ia kemungkinan ditangguhkan atau dibatalkan semuanya bergantung kepada perkembangan pandemik Covid-19.
“Kami berharap akan ada satu keputusan yang optimis mengenai beraksi di kejohanan itu tahun ini,” kata Isner.
“Saya gembira untuk mendengar sesuatu yang baik daripada mereka.”
Tetapi dengan tempoh kejohanan yang kritikal berikutan keadaan gelanggang dan suasana semasa, Isner sudah mula membayangkan jadual kejohanan tanpa Wimbledon pada tahun ini.
“Kita mungkin terhimpit dengan fakta bahawa kita tidak akan bermain Wimbledon pada tahun ini,” kata Isner.
“Ia hakikat yang sukar di terima.”
Isner berada di ranking teratas pemain AS di kedudukan 21 dalam carta ATP menewaskan pemain Perancis, Nicolas Mahut selepas lebih 11 jam beraksi yang terpisah dalam tiga hari dalam pertembungan epik pusingan pertama.