FIFA menggesa kelab dan pemain mencapai persetujuan bersama berhubung isu pemotongan gaji untuk melindungi kelab daripada berdepan masalah kewangan kerana pandemik Covid-19, kata sumber.

Badan induk bola sepak dunia itu turut mencadangkan agar kontrak pemain dipanjangkan sehingga akhir musim bola sepak yang terganggu ketika ini dan ia bermakna, pintu perpindahan pemain tidak akan dibuka.

Desakan FIFA itu hadir selepas Liga Perdana buntu mencapai jalan penyelesaian selepas mengadakan perbincangan dengan pemain dan wakil mereka berhubung tindakan pemotongan gaji.