AKSI Bundesliga tidak dapat diteruskan sehingga sekurang-kurangnya pada September ini selepas kerajaan Jerman melanjutkan pengharaman sebarang bentuk perhimpunan besar-besaran.
Awal pagi tadi, Canselor Angela Merkel mengumumkan pelan mengurangkan pergerakan terhad bagi mencegah penularan koronavirus.
Ketika sekolah dibenarkan dibuka semula bermula 4 Mei dan kedai kecil boleh beroperasi pada Isnin depan, perhimpunan besar kekal diharamkan sehingga 31 Ogos.
“Acara besar terbukti faktor utama dalam penyebaran virus, jadi ia kekal diharamkan sehingga 31 Ogos,” kata ketua pemimpin Jerman itu dalam satu kenyataan.
Minggu lalu, ketua eksekutif DFL, Christian Seifert mengesahkan rancangan telah dibuat untuk membolehkan Bundesliga bermula semula tanpa penonton pada awal Mei dengan kelab dua divisyen utama kembali menjadi latihan dalam kelompok kecil.
Bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan Bundesliga hampir pasti tidak dapat bersambung semula bulan depan dengan kerajaan Jerman mengetepikan sebarang perbincangan mengenai bola sepak profesional sehingga 30 April.
“Bundesliga tidak termasuk dalam topik perbincangan hari ini,” kata menteri Bavaria, Markus Soder.