JUARA Tour de France, Egan Bernal berkata dia akan menstruktur kembali semula progam latihannya demi mempertahankan kejuaraan selepas tarikh baharu perlumbaan tahun ini diumumkan semalam.

Penganjur mengumumkan Jelajah itu ditunda ke penghujung Ogos susulan perintah berkurung di Perancis bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

“Kami ada empat bulan setengah untuk mencapai 100 peratus kemajuan prestasi,” kata Bernal dalam Instagram. Ini masanya untuk menjadualkan semula program latihan dan bermula dengan lebih motivasi berbanding sebelum ini untuk mencapai tahap terbaik.”

Bernal berkata pasukannya, Ineos, “akan terus bekerja keras, tenang, penuh kesabaran dan bijak sebelum kembali bertarung dengan matlamat lebih jelas.”

Perlumbaan itu yang sepatutnya bermula dari 27 Jun ke 19 Julai ditunda ke 29 Ogos hingga 20 September susulan pengharaman perhimpunan besar-besaran di Perancis.

Bernal, pelumba Amerika Latin pertama menjuarai Tour mengkuarantikan diri di Colombia sekembalinya dari Eropah selepas Ineos menarik diri daripada menyertai perlumbaan Paris-Nice susulan kematian Pengarah Sukan, Nicolas Portal. Dia juga juara bertahan perlumbaan terbabit.