– OYO merancang menambah 100 hotel premium untuk menyokong program DE Rantau di Malaysia
– OYO juga turut menawarkan hotel kategori premium termasuk Townhouse Oak, Collection O dan Capital O
– DE Rantau berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital untuk meningkatkan penggunaan digital dengan mempromosikan mobiliti profesional digital dan pelancongan di seluruh Malaysia.
– OYO akan memberi tumpuan kepada wilayah utama termasuk Langkawi, Pulau Pinang, Lembah Klang, Ipoh dan Melaka untuk program ini
– Hotel yang telah ditawarkan telah disenarai pendek dengan teliti untuk memastikan kemudahan seperti sambungan Wi-Fi yang pantas dan berdekatan dengan pusat perniagaan diutamakan.

KUALA LUMPUR, July 21, 2023 – (ACN/NewsVoir) – Syarikat teknologi hospitaliti global OYO merancang untuk menambah 100 hotel kategori premium untuk menyokong program DE Rantau di Malaysia. OYO merancang untuk mengukuhkan jejak hotel premiumnya di seluruh Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif ini. Jenama hotel OYO yang berada dalam kategori premium OYO termasuk Townhouse Oak, Collection O dan Capital O.

Ia akan memberi tumpuan kepada wilayah utama seperti Langkawi, Pulau Pinang, Lembah Klang, Ipoh dan Melaka untuk penginapan hotel di bawah program ini. Bandar-bandar ini telah dikenal pasti oleh kerajaan dengan potensi mereka untuk menarik pelancong perniagaan dan percutian.

OYO telah membentuk satu pasukan yang terdiri daripada 50 pekerja untuk menghubungi rakan kongsi hotel yang berpotensi dan menjalankan penilaian fizikal mengenai kesediaan hotel ini untuk program DE Rantau.

Program DE Rantau bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital untuk meningkatkan penggunaan digital dengan mempromosikan mobiliti profesional digital dan pelancongan di seluruh Malaysia. Hab DE Rantau ialah penginapan sedia nomad yang telah disahkan dan diperakui oleh Malaysia Digital Economy Corporation berdasarkan kriteria hab DE Rantau untuk memenuhi gaya hidup nomad yang aktif dan dinamik.

Dalam pada itu, rakan kongsi hotel OYO juga akan dapat memanfaatkan sistem pengurusan hotel mesra pengguna serta mampu meningkatkan keuntungan, hasil dan kecekapan hotel mereka. Selain itu, OYO juga akan menyediakan sistem OYO Smart Lock yang menawarkan daftar masuk dan daftar keluar tetamu dengan lancar, selamat dan terjamin.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, tetamu juga boleh memanfaatkan kadar diskaun untuk penginapan sama ada dalam tempoh yang panjang atau pendek di bawah skim ini. OYO juga akan memastikan platfom tempahan adalah mudah dan lancar bagi setiap tempahan bilik.

OYO kini mempunyai lebih 700 hotel di 50 bandar di Malaysia. Kehadiran OYO secara meluas di Malaysia, mampu memastikan peserta Program De Rantau mendapat akses kepada penginapan yang selesa di semua lokasi dan destinasi popular. Kebanyakan hotel ini akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti sambungan Wi-Fi, ketersediaan kafe, kedai, kemudahan hiburan dan rekreasi dalam jarak berjalan kaki dan akses mudah penghantaran makanan dan bungkusan serta perkhidmatan pengangkutan.

Bercakap mengenai perkembangan itu, Akshay Rathod, Ketua Pengarah, OYO Malaysia berkata“Kami berbesar hati kerana dipilih sebagai rakan kongsi penginapan untuk Program DE Rantau Malaysia. Kerjasama ini selaras dengan misi kami untuk menyediakan penginapan berkualiti di seluruh Malaysia. Melalui perkongsian ini, kami berhasrat untuk menyokong visi kerajaan Malaysia untuk meningkatkan potensi pelancongan di negara ini dan membantu ekonomi tempatan”.

OYO juga merancang untuk menganjurkan sesi kesedaran untuk semua pemilik hotel bertauliah DE Rantau dan pasukan mereka untuk membimbing dan menyokong mereka. Ia juga akan menjalankan audit suku tahunan hotel OYO yang berada di bawah program ini demi memastikan kualiti perkhidmatan.

Mengenai OYO

OYO ialah platform global yang bertujuan untuk memperkasakan usahawan dan perniagaan kecil dengan hotel dan rumah dengan menyediakan produk dan perkhidmatan teknologi yang bertujuan untuk meningkatkan hasil dan memudahkan operasi; membawakan penginapan yang mudah ditempah, berpatutan dan dipercayai kepada pelanggan di seluruh dunia. OYO menawarkan 40+ produk dan penyelesaian bersepadu kepada pelanggan yang mengendalikan kira-kira 1.70 lakh hotel, rumah dan tersenarai di lebih 35 negara termasuk India, Eropah dan Asia Tenggara, setakat 30 September 2022.Untuk maklumat lanjut, lawatiwww.oyorooms.com/ph/.

Website: https://www.oyorooms.com/my/

Media contact:
Abhishek Sinha
PR & Corporate Communications
Tel: +91-9198461616
Email: abhishek.sinha3@oyorooms.com